Dahulu desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista itu masih bersama ku.. Bukan hasrat ku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agas puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu..
Aku pilih untuk berkata bahasa
pilu sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan
jiwa ku.. Yang jelas atlasnya itu puisi hati, kata hati ku yang duka
pilu mengenang nostalgia yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya..
Merindukah aku? Merindukah
kamu? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian
kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati
yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku
jujur.. Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya
aku
Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu...
Kamu.. boleh aku bertanya?
Adakah kamu tidak pernah
terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku,
senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah
sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu
tersenyum?
Kamu.. boleh aku bercerita?
Aku rindu kamu, sentiasa ingat
kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak
wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya
dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata
jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh
pada kamu..
Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?
Kamu bahagia di sana? Kamu
gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa
ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa
indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?
Kamu.. boleh aku bertanya?

Tidak ada komentar:
Posting Komentar